Polisi Privasi
Dikemas kini: 28 Oktober 2026
The Partner Empire ("kami") ialah pasukan pengedar bebas produk Forever Living di Malaysia. Polisi ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui laman thepartnerempire.com dan nombor WhatsApp rasmi kami, cara kami menggunakannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang kami kumpul
- Maklumat yang anda berikan: nama, nombor telefon, emel, dan maklumat yang anda kongsi semasa berbual, contohnya minat produk atau matlamat kesihatan.
- Log masuk dengan Google: jika anda daftar atau log masuk dengan akaun Google, kami hanya menerima nama, alamat Gmail dan gambar profil Google anda. Kami tidak menerima kata laluan Google anda dan tidak mengakses Gmail, kenalan atau fail anda.
- Perbualan WhatsApp: mesej, gambar, nota suara dan fail yang anda hantar ke nombor WhatsApp rasmi kami, serta nama profil WhatsApp anda.
- Sumber iklan: jika anda menghubungi kami melalui iklan Facebook atau Instagram, Meta menghantar kepada kami maklumat iklan tersebut (tajuk dan ID iklan).
- Penggunaan laman: kuki log masuk ahli, dan kuki rujukan
tpe_ref(30 hari) untuk mengenal pasti ahli yang merujuk anda.
Tujuan penggunaan
- Menjawab pertanyaan anda tentang produk, harga, pesanan dan peluang perniagaan.
- Membuat susulan (follow-up) yang anda minta, dan menghantar peringatan sesi atau temujanji yang anda daftar.
- Mengukur keberkesanan iklan kami.
Kami tidak menjual data peribadi anda.
Perkongsian data
Data anda hanya dikongsi dengan pihak yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan: Meta Platforms (WhatsApp Business Platform) yang menghantar mesej, penyedia pelayan dan emel kami, penyedia AI yang membantu Aira, pembantu AI kami, menulis balasan kepada mesej anda, dan ahli pasukan yang mengendalikan pertanyaan anda. Pihak berkuasa hanya jika dikehendaki undang-undang.
Sesetengah balasan WhatsApp ditulis oleh Aira secara automatik. Untuk tujuan itu, mesej terkini perbualan anda dihantar kepada penyedia AI tersebut, tanpa nombor telefon anda. Tanya "manusia" atau "admin" pada bila-bila masa, dan ahli pasukan kami akan menyambung.
Penyimpanan & keselamatan
Rekod perbualan dan maklumat lead disimpan di pelayan kami selagi perlu untuk tujuan di atas, dan dipadam atas permintaan anda. Akses terhad kepada ejen yang diberi kebenaran, dan kunci akses sistem disimpan secara terenkripsi.
Hak anda
- Meminta salinan data peribadi anda, atau membetulkannya.
- Berhenti menerima mesej: balas STOP di WhatsApp, atau sekat nombor kami.
- Meminta data anda dipadam.
Hubungi kami
Untuk sebarang permintaan berkaitan privasi, emel info@thepartnerempire.com. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.